16 December, 2010

Mark Zuckerberg Dipilih sebagai 'Person of The Year 2010' oleh Majalah Times

Pengasas dan Ketua Eksekutif CEO Laman Sosial Facebook Mark Zuckerberg telah dipilih sebagai 'Person of the year 2010" oleh majalah Times. Facebook menjadi laman sosial paling popular dan mempunyai seramai 500 juta orang pengguna.
Zuckerberg dilahirkan pada tahun 1984 dan  memulakan laman sosial pada waktu itu dikenali sebagai thefacebook di asrama sewaktu belajar di Universiti Harvard pada tahun 2004.
Perkara menarik mengenai Facebook
1.Mempunyai seramai 500 juta pengguna.
2.Jika ianya sebuah negara ia adalah negara ketiga terbesar di dunia selepas China dan India.
3.Peningkatan pengguna di Facebook adalah seramai 700000 orang setiap hari.
4.Facebook dipertuturkan dalam 75 bahasa dan secara terkumpul selama 700 billion minit setiap bulan.
5.Setiap seorang didalam 12 penduduk dunia memiliki akaun Facebook.
6.Seramai 70% pengguna Facebook adalah pengguna di luar Amerika Syarikat

photo ehsan Times

No comments:

Post a Comment