22 December, 2010

1249657 Blog ?!

1,249,657. Angka yang di tulis ini adalah jumlah blog yang didaftar dengan Technorati setakat ini. Technorati adalah sebuah blog directory yang terkenal berpusat di USA. Jumlah ini dijangka terus bertambah setiap hari.  Angka ini merujuk kepada bilangan blog yang berpengaruh yang mendaftar dari seluruh dunia termasuk Malaysia. Namun jumlah blogger yang beralamat di Malaysia tidak dapat diperolehi setakat ini.  Dari jumlah tersebut, berikut adalah 10 blog yang mencapai senarai teratas.Carta ini dikemaskini setiap hari.
1.The Huffington Post
2.TechCrunch
3.Mashable!
4.Gizmodo
5.Engadget
6.Boing Boing
7.Gawker
8.TMZ.com | Celebrity Gossip | …
9.The Daily Beast - Blogs and …
10.Mediaite

Technorati telah membuat kajian yang meliputi perkembangan dan trend blog seperti yang dilaporkan mereka  di dalam State of Blogosphere 2010. Laporan pada kali ini meliputi kajian mendalam terutama blogger dari kaum wanita. Di mana kajian mendapati antara lain adalah seperti berikut:
1. Pengaruh di kalangan blogger wanita dan ibu (female & mum blogger) keatas  jenama, media perdana dan blogosphere keseluruhan. Pengaruh mereka amat dirasai terhadap jenama. 
2. Perkembangan yang amat signifikan ialah bloging dari smart phone atau bergerak @mobile blogging.Walaupun trend ini agak baru namun dijangka trend ini akan meningkat secara pantas. Kajian mendapati 25% dari blogger sedia ada sudah menggunakan mobile blogging dan 40% yang berblogging dari telefon telah menukar corak mereka berblog , mesej dibuat secara ringkas dan spontan.

Berikut merupakan carta menunjukkan jumlah blog seluruh dunia.
Sumber : Technorati

No comments:

Post a Comment