28 December, 2011

5 tempat makan paling digemari di Kuching

Jika anda berkunjung di Kuching Sarawak pasti anda ingin menikmati makanan yang lazat serta popular di bumi kenyalang. Anda juga ingin menikmatinya ditempat yang menarik dan dikunjungi ramai. Oleh itu saya memperkenalkan 5 tempat yang saya gemari dan pasti menarik.
1. SATAY CHEKO KAFE
Kafe ini menghidangkan satay sebagai menu utama. Ianya juga menawarkan mee jawa sebagai menu yang popular. Menarik disini ialah mee jawa disertakan juga bersama satay . Anda juga boleh makan satay bersama dengan ketupat atau lemang. Cukup enak sekali dan lazat. Yang unik makan disini ialah tempat duduk atau kerusi agak rendah dan meja seperti kita duduk dengan bangku. Seperkara lagi anda boleh mengambil atau makan seberapa banyak yang dibuat self service, tapi sewaktu membayar, tuan kedai akan mengira berapa banyak satay yang telah dimakan dengan mengira cucuk satay di atas meja anda!.
Selain dari satay antara hidangan lain ialah nasi campur, nasi ayam penyet dan lain lain. Kafe satay cheko terletak diJalan Haji Taha dibelakang Am bank. Jika anda berjalan kaki dari padang merdeka akan mengambil masa kira kira 20minit.
2. Kopi O Korner
Tempat ini adalah paling ramai dikunjungi pelanggan pada sebelah pagi untuk bersarapan. Ini disebabkan banyak pilihan menu sarapan. Antaranya ialah mee jawa, mee kolok, mee laksa, satay, roti canai dan roti lain lain dan juga nasi campur. Kopi O korner terletak di bangunan Mara iaitu di hadapan Bank Negara di jalan Satok.Tempat ini selalunya dipenuhi pada sebelah pagi tapi dijamin anda ada tempat duduk kerana banyak disediakan dan selesa. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati sarapan pagi disini bila berkunjung ke Kuching.
3. Laksa Tinot.
Laksa Tinot adalah antara yang diminati kerana keenakan dan keunikan tempatnya. Terletak disebuah rumah kampung yang diubahsuai oleh pemiliknya menjadi gerai laksa. Ruang makan ditempat dilaman rumah yang dikelilingi dengan tanaman pokok bunga yang segar dan nyaman diwaktu pagi. Ianya terletak di Jalan Patingan. Anda perlu menaiki kereta untuk ke sini iaitu kira kira 15 minit perjalanan dari bandaraya Kuching. Pastikan anda berkunjung diawal sebelah pagi kerana waktu operasi agak singkat mungkin sehingga pukul 10pagi.
4. RJ Ayam Bakar
Terletak di jalan Tun Abdul Rahman, kira kira 5 minit perjalanan dari kawasan segitiga emas Kuching " Gold Triangle" restoran ini sangat menjadi keutamaan pengunjung yang menginap di kawasan sekitar. Terdapat lebih kurang 3 hotel bertaraf bintang iaitu Grand Margherita, Riverside Hotel, dan Hotel Hilton Kuching yang berdekatan dan menjadi tumpuan kerana menghidangkan makanan seperti nasi ayam penyet yang semestinya menu utama dan popular disini. Konsep restoran ini ala kopitiam menyajikan makanan ala indonesia dan juga local menu. Harga yang sangat berpatutan dan tahap kebersihan yang sangat memuaskan.
5. Singapore Chicken Rice (SCR)
Kedai makan Singapore Chicken Rice atau SCR adalah rangkaian kedai makan yang popular dan sering dikunjungi jika ingin menikmati nasi ayam yang lazat dan berbaloi di Kuching atau juga di Sarawak. Ia adalah yang paling mudah dicari kerana outlet nya boleh didapati disetiap kawasan popular dan komplek membeli belah utama di Kuching. Menyediakan makanan yang lazat dan pelbagai, saya adalah peminat no 1 kedai ini. Selain dari nasi ayam outlet ini juga menyediakan menu lain seperti nasi goreng, ikan tilapia goreng, midin belacan, me kolok dan banyak lagi. kunjungi disini bersama keluarga anda dan anda pasti berseronok dan berpuas hati.  

No comments:

Post a Comment