03 January, 2011

5 Idea Hebat untuk berniaga di Water Front Kuching.

Sekadar Hiasan

Berkunjung ke Kuching Sarawak, pasti tidak ketinggalan menikmati suasana di Water Front atau Tebingan Sungai Kuching. Ia adalah satu tempat menarik sebagai produk pelancongan paling popular di Kuching. Terletak di sepanjang Sungai Sarawak di pusat bandaraya ialah tempat yang  sudah semestinya untuk dikunjungi oleh pelancong samada untuk bersiar siar atau menjamu selera.  Ia menerima kunjungan hampir sepanjang masa dari pagi sehingga ke sebelah malam. Oleh yang demikian ia adalah tempat yang sesuai untuk peniaga sambilan atau sepenuh masa mempromosi produk jualan mereka. Bagi menambah tarikan dan mempelbagai lagi aktiviti serta produk pelancongan , saya mencadangkan beberapa idea yang hebat untuk diterokai disana.


1. Perkhidmatan mengambil foto 

Anda boleh menawarkan khidmat mengambil gambar kepada pengunjung. Untuk lebih menarik anda menawarkan mereka bergambar bersama dengan haiwan eksotik seperti ular sawa, orang utan, buaya atau pun burung kenyalang. (Minta permit dulu ya!!) Ini pasti menarik pengunjung dan tawarkan dengan harga yang berpatutan. Anda juga boleh menawarkan mereka mengambil gambar dengan memakai baju tradisional Sarawak seperti baju Orang Ulu, baju Pahlawan Iban atau baju Orang Melayu Sarawak. Pasti menarik jika mereka baru saja berkahwin dan mengabadikan lawatan mereka dengan bergambar memakai baju pahlawan Iban. 

Sekadar hiasan
 2. Perkhidmatan Mencetak Baju 
Setiap kali melancong, pasti akan membeli cenderahati untuk dibawa pulang. Maka kebanyakan akan membeli baju dari seseuatu tempat yang mereka kunjung. Apa kata peniaga menawarkan  T shirt yang dicetak mengikut  citarasa pembeli. Anda boleh menyediakan rekaan yang terhad sahaja dan ianya merujuk kepada Sarawak atau Water Front atau Kuching. Idea ini juga boleh dibuat secara pukal. Maka rekaan juga akan banyak dan pelbagai.

3.Basking/ Menyanyi bersama alat muzik.
Pasti idea ini sangat hebat serta menarik minta penggemar muzik. Malah ia pasti menghiburkan kepada sesiapa saja. Selain dari itu pemuzik sambilan boleh mengembangkan bakat mereka di sini. Jika perlu dapatkan permit dari pada pengurusan Water Front. 
 
4. Berkayak
Berkayak adalah aktiviti yang mempunyai penggemar yang ramai. Maka apa kata anda mencari kayak yang boleh disewakan kepada pelawat. Atau pun anda membawa mereka menikmati  sungai dengan menaiki kayak di sebelah petang.

5.Menyewa Basikal/Beca/Kerusi Roda
Sekadar hiasan
Tidak semua pengunjung mahu berjalan kaki ataupun mungkin yang agak malas dan tidak mempunyai banyak masa untuk bersiar siar. Maka sediakan perkhidmatan menyewa basikal atau beca atau basikal roda tiga kepada mereka dengan harga yang berpatutan. Mungkin juga dicadangkan kerusi roda beserta tukang sorong. Idea yang menarik bukan? 

Kepada sesiapa boleh mencuba idea dari kizzoman ini dan mana tahu anda berjaya dengan percubaan anda..

No comments:

Post a Comment