19 March, 2011

Sungai Aur - Perjalanan Balik Sebelum Merdeka

Kampung Sungai Aur, terletak kira kira 15 minit perjalanan melalui sungai dari jeti Telaga Air iaitu terletak kira kira 25 kilometer dari  bandaraya Kuching. Kehadiran kami seramai 5 orang memenuhi tugasan sebagai pengumpul maklumat bagi projek pemasangan bekalan elektrik di kampung tersebut. Kampung telah di diami penduduk selama 20 tahun. Melihat keadaan dengan mata sendiri adalah memberi makna bahawa penduduk ini telah dipinggirkan dari arus pembangunan walaupun telah 50 tahun merdeka di dalam Malaysia.
Namun mereka tetap bersyukur dan terus menanti dengan sabar bahawa suatu hari nanti nasib mereka akan terbela.
Jalan di sepanjang kampung

Rumah rumah penduduk kampung Sg Aur

Petugas menghampiri rumah penduduk

Sistem janakuasa sementara Genset yang di gunakan selama ini. Sumbangan kerajaan.

Sebuah sekolah rendah di dalam kampung

Sebuah surau antara kemudahan yang di dapati

Anak anak kecil yang masih bersekolah di sini.

Rumah yang didiami

Pemandangan cantik dari jeti usang yang telah dibina sendiri penduduk kampung untuk berulang alik ke bandar Kuching

Projek kerajaan untuk menjadikan tanah ini sebagai taman negara termasuk kampung ini

No comments:

Post a Comment