Sekarang sudah pukul 6.30 petang. kami meneruskan kembara kami bersiar siar di bandaraya Kuching. menikmati pemandangan dan mengamati perjalanan hidup penduduk di sekitar bandar kuching. Begitu perlahan dan tenang sekali. Itulah yang dapat kami rasai. Selepas mengunjungi pasar Satok kami berjalan melalui jalan Haji Taha menuju ke masjid Bahagian Kuching. Kami berehat sebentar di masjid Bahagian Kuching untuk menunaikan solat maghrib. Jemaah pada waktu itu terdiri dari orang tempatan dan orang luar iaitu pelawat dari semenanjung malaysia. Ada juga kelihatan jemaah dari indonesia dan Bangladesh yang kemungkinan adalah pekerja asing yang berkerja di bandaraya Kuching. Selesai bersolat kami bercadang untuk mencari tempat untuk menikmati makan malam. Kebetulan sekitar masjid iaitu dibahagian kaki bukit masjid (masjid terletak di atas bukit yang dikelilingi oleh kubur lama) terdapat banyak tempat makan.Sedang mencari kami menjumpai 3 tempat iaitu satu di dalam kawasan hotel dikenali Arif Hotel, Pondok Anis dan satu lagi Lot 1. Ketiga tiga tempat ini dikunjungi ramai dan memang terdapat banyak hidangan. Kami memilih Pondok Anis kerana ianya agak baru dan baru juga dibuka serta selesa dan bersih. Maka kami pun menikmati hidangan nasi ayam penyet yang agak popular dibandaraya Kuching ini. Selesai menikmati makan malam kami bergegas untuk balik hotel yang terletak dalam perjalanan lebih kurang 20 minit berjalan kaki. Kami melalui jalan sepanjang tebingan sungai atau water front. Keindahan amat menyenangkan ditambah dengan kesejukan angin sebelah malam. Banyak aktiviti berlaku disepanjang laluan kami. Ramai yang berjalan jalan dengan keluarga, rakan rakan dan ada juga kelihatan remaja duduk serta memerhati kereta yang diubahsuai milik kalangan mereka. Pengunjung atau pelawat asing lebih ramai berbanding penduduk tempatan pada pemerhatian kami. Sejenak kami di sapa oleh penjual kuih lapis yang menawarkan kek lapis sarawak yang sangat popular. Di satu tempat berhadapan dengan mahkamah lama, kelihatan penjual permainan seumpama lastik yang ada lampu berwarna warni. Tempat ini dibiarkan gelap namun menjadi tarikan menarik kerana alat mainan yang berwarna warni lampunya banyak di dapati disini. Kami agak beginilah orang tempatan meluangkan masa dengan anak anak kecil mereka. Walaupun gelap tetapi menjadi tarikan dan mampu mencadi punca pendapatan kepada anak muda yang menjual mainan tadi. Amat menarik dan unik.
Tebingan sungai yang sepanjang 5 kilometer ini menjadi produk pelancongan di Kuching kerana kebersihan sungai Sarawak dan pelbagai aktiviti yang berlaku disepanjangnya. Terdapat gerai gerai menjual air minuman. makanan, cenderahati seperti manik gelang dan t shirt. Hiasan lampu pada waktu malam menambah lagi keseronokan kami.
Setelah penat berjalan kaki lebih kurang 30 minit kami sampai di hotel kami yang terletak di tengah bandaraya Kuching. Dihadapan kami terdapat mercu bandaraya kuching iaitu monumen kucing. Memang menarik tetapi yang peliknya kami tidak menjumpai kucing liar sepanjang kami berada disini.
Apapun kami sangat seronok mengunjungi Kuching. Mungkin kerana tanpa kesesakan tanpa jalan, orang ramai yang peramah, bersih dan juga barangan menarik yang tidak diperolehi ditempat lain.
Esok hari kami akan ke kampung budaya sarawak dan sehingga bertemu lagi..

No comments:
Post a Comment